Penyanyi Lady Gaga menitiskan air mata di atas pentas Grammy Awards 2019 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Momen itu terjadi saat dirinya menerima penghargaan untuk kategori Pop Duo/Group Performance menerusi lagu Shallow.

Lady Gaga mengaku sangat terharu kerana mendapat piala Grammy Awards 2019. Oleh sebab itu dia berterima kasih kepada tim dan keluarga yang selalu memberi sokongan.

“Terima kasih untuk semuanya, untuk tim, dan untuk keluarga saya,” kata Lady Gaga menitiskan air mata di pentas, Isnin (11/2).

Lady Gaga muncul seorang diri di atas pentas. Rekan duetnya dalam lagu Shallow yakni Bradley Cooper tidak dapat hadir di malam puncak Grammy Awards.

BACA  Bernilai RM55 Juta, Banglo Mewah John Mayer Lebih Murah Dari Koleksi Jam Tangannya

Lagu Shallow merupakan soundtrack untuk filem mereka berjudul A Star Is Born.

Dalam kategori Pop Duo/Group Performance, Lady Gaga berjaya mengungguli pesaing lain. Seperti Christina Aguilera (feat. Demi Lovato), Maroon 5 feat. Cardi B, Justin Timberlake feat. Chris Stapleton dan lainnya.

Artikel Sebelumnya[REVIEW] Filem Terakhir How To Train Your Dragon Buat Penonton Sebak!
Artikel SeterusnyaTiada Lagi Rahsia! Izara Aishah Mengaku Buat Rawatan Kecantikan Bibir
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.