Tidak dinafikan pelakon cantik, Izara Aishah antara selebriti yang mempunyai pakej yang cukup lengkap. Tidak hairanlah ramai yang mencemburui kecantikan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini.

IKLAN

Izara Aishah Dedah Jalani Rawatan Bibir 

Namun begitu, baru-baru ini Izara menerusi laman Twitter nya membuat pendedahan berani dimana dia akui telah menjalani rawatan kecantikan di bahagian bibirnya untuk tampak berbeza dari sebelum ini. Sebelum ini, bibir Izara antara yang dipuji peminat kerana kelihatan seksi dan juga mungil.

Tidak Berkekalan 

Enggan berahsia mengenai perkara tersebut, Izara pada mulanya khuatir sekiranya pendedahan tersebut akan menyebabkan dirinya dikecam teruk. Namun, kebanyakan peminatnya menyambut baik hasrat selebriti itu selain turut memberi kata-kata semangat buatnya.

BACA  Lihat Deretan Bintang Avengers: EndGame Melaram Sakan Di Acara Karpet Merah

Jelas Izara lagi, rawatan tersebut dibuat kerana dia ingin mencuba sesuatu yang baru selain memberitahu rawatan tersebut bukanlah berkekalan sebaliknya hanya untuk beberapa bulan sahaja. Rasanya ramai yang setuju, Izara tanpa sebarang rawatan pun sememangnya cantik dengan beauty look nya bukan?