Selain dikenali ramai sebagai selebriti yang sering bergambar persis selebriti antarabangsa, Rozita Che Wan juga dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara.

Che Ta Perli Pereka Fesyen

Terbaru, menerusi laman Insta story nya, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah status seolah-olah memerli seseorang dipercayai kepada seorang pereka fesyen terkenal. Dalam kenyataannya itu, menurut Che Ta seorang pereka fesyen yang dimaksudkannya pernah membuat kenyataan dimana terdapat sesetengah selebriti dikatakan seolah-olah cuba mengaburi pasaran mereka dengan menghasilkan rekaan sendiri.

Suara Tidak Semerdu Seperti Disangkaย 

Perli Che Ta lagi, pereka fesyen tersebut bakal bergelar penyanyi tidak lama lagi. Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia berasa hampa kerana suara pereka fesyen tersebut tidak semerdu seperti yang disangka selain mengharapkan agar dia tidak meneruskan hasratnya untuk bergelar penyanyi.

BACA  Ezuwan Ismail Jawab Sindiran Suara Seperti Tercekik Sudu

Status Ditujukan Buat Ezuwan Ismail?ย 

Dalam perkembangan lain, kami di Hangat.com menerima satu undangan majlis pelancaran single dari trio berkumpulan baharu, E1 pada Khamis ini. Trio tersebut turut dianggotai pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail. Berdasarkan status terbarunya, Ezuwan turut memuat naik gambar sudu di Instagram nya beserta status yang menyedihkan.

Adakah pereka fesyen yang dimaksudkan Che Ta adalah Ezuwan? Bagaimanapun, menerusi ruangan komen Instagram pereka fesyen itu, ada yang mendakwa status tersebut hanyalah sekadar gimik untuk lagu terbaharu trio Ezuwan bersama E1. Adakah benar dakwaan tersebut? Sama-sama kita nantikan!