Selebriti Verstail, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil akui telah melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden Pengurusan Bakat On Air Astro berkuat kuasa pada hujung tahun lalu.

Mahu Fokus Pada Perniagaan 

Pak Nil yang mula memegang jawatan tersebut secara tetap pada 1 Oktober 2015 mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya kerana ingin memulakan perniagaan sendiri dengan membuka kelas pengacaraan dan pengucapan awam selepas ini. Malah perancangan ini sudah dibuat pengacara terkenal ini sejak setahun yang lalu.

Nafi Ambil VSS

Meskipun begitu, Pak Nil menafikan bahawa dia mengambil skim pemisahan sukarela (VSS) yang ditawarkan pihak Astro kepada pekerjanya penghujung tahun lalu.

“Sebenarnya jawatan sebagai Naib Presiden tiada tawaran VSS, tetapi saya sudah lama menyimpan niat untuk memulakan perniagaan membuka kelas pengacaraan dan pengucapan awam kepada masyarakat sejak setahun lalu.

Jadi apabila Astro menawarkan VSS kepada pekerjanya, saya turut ingin mengambil langkah sama kerana sudah ada beberapa perancangan untuk melakukan kelas bergerak selepas ini”

Jelasnya lagi, sekiranya dia masih terikat bersama Astro, barangkali kelak dia mungkin akan mengalami kesukaran dan bercanggah dengan etika kerja. Dalam perkembangan lain, Pak Nil bakal tampil sebagai hos dalam sebuah program terbitan Astro, Mikrofon Impian yang turut menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Aliza Ali. Semoga terus sukses Pak Nil!

BACA  Perdana Menteri & Selebriti Titip Doa Buat Allahyarham Adib