Entah apa yang tidak kena dengan Anugerah Grammy pada tahun ini kerana ramai yang menganggap penganjurannya kelihatan agak sedikit hambar berbanding dengan tahun sebelumnya apatah lagi beberapa minggu sebelum penganjurannya terdapat kontroversi kononnya keputusan telah diketahui terlebih dahulu.

Ramai Penyanyi Tidak Hadir

Dalam acara berprestij itu, ramai penyanyi dikatakan tidak hadir meskipun tercalon di dalam beberapa anugerah. Antaranya adalah Taylor Swift, Beyonce, Jay Z, Rihanna, Drake, Kendrick Lamar dan Ariana Grande yang turut meraih Album Vokal Pop Terbaik. Malah ada diantara mereka seperti Taylor Swift sudah beberapa kali tidak hadir ke majlis itu.

Cardi B Dan Dua Lipa Catat Rekod Peribadi 

Dalam perkembangan lain, beberapa penyanyi turut membuat kejutan apabila pertama kali memenangi anugerah dalam pencalonan masing-masing.

Penyanyi rap terkenal, Cardi B mencatat sejarah apabila menjadi penyanyi rap wanita pertama memenangi kategori Album Rap Terbaik .

BACA  Harapan Asyraf Khalid Untuk Isteri & Bakal Cahaya Mata Kedua

Dua Lipa turut mencatat kenangan manis dengan membawa pulang Anugerah Grammy pertamanya menerusi Rakaman Tarian Terbaik bagi lagu Electricity gandingan bersama Silk City, Diplo dan Mark Ronson.