Marvel Studios diketahui bakal melancarkan tiga filem sekaligus untuk para pebcinta filem MCU pada tahun 2019 ini. Bermula dengan Captain Marvel,Avengers: Endgame, sampailah filem Spider-Man: Far from Home“.

IKLAN

“Captain Marvel” sendiri dipastikan menjadi projek pembuka, di mana filem ini akan dirilis pada bulan Mac mendatang. Secara keseluruhan, filem solo ini akan menceritakan tentang superhero wanita bernama Carol Danvers alias Captain Marvel yang diperanankan oleh Brie Larson.

Meskipun dikatakan sebagai watak baru di franchise MCU, namun Captain Marvel sendiri bakal menjadi karakter penting di “Avengers: Endgame” mendatang. Meski demikian, hingga kini belum terungkap bagaimana caranya superhero wanita tersebut bakal bergabung dalam pasukan Avengers untuk mengalahkan Thanos.

BACA  Lihat Deretan Bintang Avengers: EndGame Melaram Sakan Di Acara Karpet Merah

Ekoran hal ini, akhirnya pemegang watak Nick Fury, yakni Samuel L. Jackson pun buka suara. Dipetik dari Movieweb, Samuel tak segan memberi bocoran bagaimana caranya Carol Danvers masuk dalam “Avengers: Endgame” dan menjadi karakter penting dalam cerita tersebut.

Samuel mendakwa bahawa kemampuan Carol dalam menjelajah waktu bakal mempengaruhi bagaimana dia muncul di “Avengers: Endgame”.

“Saya fikir kita boleh mengetahui bagaimana dia (Carol Danvers) mampu melakukan hal-hal yang tidak boleh dilakukan orang lain. Dia boleh menjelajah waktu jadi mungkin dia mengetahui semuanya. Faktanya, saya punya pager 20 tahun kemudian—itu akan dijawab dengan jalan yang cukup menarik,” kata Samuel.

Pada bulan Januari lalu, Samuel memang pernah mengatakan bahawa Carol adalah seorang penjelajah waktu, di mana dia mampu menjelajah waktu baik ke masa lalu mahupun masa depan.

“Dia adalah karakter terkuat, seseorang dengan kekuatan yang mampu melakukan apa saja di semesta Marvel,” ujarnya kala itu.

“Maksudku, (Avengers) menghadapi sesuatu yang sangat sangat kuat sekarang, kita melihatnya di ‘Avengers: Infinity War’, jadi kita sekarang tahu bahawa kita perlukan sesuatu sekuat Thanos dan pada satu titik, kita tahu betapa kuatnya Carol dan semua yang boleh dia lakukan.” tambah aktor tersebut.

Tak sabar nak tonton filem ini bukan? “Captain Marvel” sendiri akan ditayang pada Mac mendatang. Sedangkan “Avengers: Endgame” akan menyusul satu bulan selepasnya, yakni pada bulan April.