Luna Maya termasuk salah satu selebriti Tanah Air yang memiliki citarasa fesyen yang terbaik. Tak hairanlah  jika Luna gemar mengumpul barang-barang berjenama yang memiliki harga fantastik.

Luna bermula kariernya di dunia dengan modeling sejak tahun 1999. Saat itu, bekas kekasih Reino Barack tersebut mencuba tuahnya sebagai model dalam cover girl Aneka Yess!.

Hingga kini, berpuluh-puluh buah filem dan sinetron yang telah dia berlakon. Yang terbaru, wanita 35 tahun itu berjaya memegang watak sebagai Suzanna di filem “Suzanna: Bernafas dalam Kubur”.

Meniti kejayaan dalam dunia hiburan selama belasan tahun lamanya membuat aktres kelahiran Denpasar tersebut gemar mengumpul barang-barang berjenama agar penampilannya tetap glamour.

Sememangnya Wanita memang tak boleh jauh dari barang kemas. Selalu dikenakan dalam acara besar perayaan hingga pesta dan acara formal lainnya. Perhiasan mampu menambah glamour penampilan seseorang dan membuatnya tampak lebih menonjol.

BACA  Selepas Dewi Remaja, Hero Remaja Pula Dikaitkan Dengan Isu Kelab Malam!

Sebagai selebriti yang dikenali ramai orang, Luna juga memiliki barang-barang mewah, salah satunya perhiasan yang bukan biasa-biasa harganya. Bahkan, beberapa koleksi perhiasan bekas kekasih Ariel “Noah” itu diketahui berharga kereta mewah.

Apa saja koleksi perhiasan mewah Luna Maya? Jom semak rangkuman HANGAT.com

Bvlgari

Diambil dari fashion_lunamaya, pemilik label Luna Habit itu nampaknya memakai perhiasan keluaran Bvlgari. Berdiri sejak tahun 1884 lalu dan menjadi salah satu jenama perhiasan yang paling terkenal, produk Bvlgari memiliki gaya tradisional yang kental dan sangat variatif.

Salah satunya, cincin Bvlgari B. Zero milik Luna Maya. Untuk memiliki perhiasan keluaran Roma itu Luna harus membelinya dengan harga RM6,036

BACA  Wow! Paris Hilton Komen Foto Lamaran Syahrini & Reino Barack

Cartier Love Bracelet

Belum lengkap rasanya kalau koleksi perhiasan tak ada jenama Cartier di dalamnya. Oleh sebab itu, Luna dilihat memiliki beberapa gelang Cartier untuk dikenakan dalam berbagai kesempatan. Salah satunya, Love bracelet yellow gold seharga RM25,694, dan siri white gold yang harganya RM27,529

Cartier Juste Un Clou

Cartier menjadi salah satu kegemaran bintang filem Sabrina tersebut. Terbukti, perhiasan Cartier yang dipakai Luna Maya satu ini dikatakan bernilai RM48, 126

Hermes

Selain memproduksi beg tangan dan sandal, Hermes juga melancurkan produk perhiasan. Seperti item fesyen Hermes lainnya, Kelly Diamond Rose Gold Bangle Bracelet dari Hermes milik Luna ini harganya tak murah. Untuk memiliki perhiasan tersebut, Luna membelinya dengan harga mencapai RM53,020

BACA  Respek! Luna Maya Tak Padam Gambar Bekas Kekasih & Syahrini

Gelang Cartier

Luna kembali memiliki koleksi perhiasan Cartier. Adalah gelang Essential Lines Bracelet keluaran Cartier yang diketahui berharga RM84, 017.

Itulah lima koleksi perhiasan mewah Luna Maya yang jika dilihat dari jumlah harganya boleh untuk membeli kereta mewah, bahkan rumah juga boleh beli.

Dalam banyak-banyak koleksi perhiasan Luna ini, yang mana satu menjadi pilihan anda?