Terdahulu, dunia dikejutkan dengan berita mengenai penyanyi Avril Lavigne yang dikatakan sudah meninggal dunia dan penyanyi yang ‘hidup’ itu sebenarnya adalah kembar ataupun seseorang yang menyerupainya. Meskipun begitu, Avril tampil menafikan dakwaan berkenaan dan menganggap ianya hanyalah sekadar khabar angin.

Tampil Dengan Single Terbaharu

Terbaru, berita baik buat peminat Avril apabila penyanyi ini bakal memperdengarkan single terbaharunya berjudul Dumb Blonde. Single yang akan dilancarkan pada hari ini turut mengujakan peminat kerana Avril bakal berduet bersama penyanyi rap terkenal, Nicki Minaj. Melihatkan pada poster yang dimuatnaik, ramai yang tidak sabar untuk mendengar lagu yang dijangka akan muncul sebagai ‘song of the year’ ini.

BACA  Palsu? Gadis Ini Ceritakan Bagaimana Dirinya Diperkosa Oleh Cristiano Ronaldo

Video Muzik Bakal Dedahkan Konspirasi Kematian 

Dalam perkembangan lain, terdapat khabar angin yang mengatakan video muzik lagu ini bakal menceritakan mengenai konspirasi kematiannya yang hangat diperkatakan sejak dahulu. Malah peminat juga bakal mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi padai Avril selama ini. Adakah Avril sememangnya sudah meninggal atau benar-benar sekadar khabar angin? Sama-sama kita nantikan!

SUMBERTwitter
Artikel SebelumnyaKongsi Detik Menghidapi Tumor, Nazim Othman ‘Sempoi’ Balas Komen ‘Puaka’ Peminat
Artikel Seterusnya[VIDEO] Anak Gadis Ariel NOAH, Allea Ananta Curi Perhatian Dengan Suara Merdunya
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress