Dunia hiburan dihebohkan dengan keputusan pelakon Emma Maembong untuk melepaskan hijabnya. Berbagai komen pun muncul dari orang-orang terdekatnya. Semua orang bertanya-tanya apa yang membuat Emma putuskan membuka hijab.

Ekoran dari kontroversi ini, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa turut mengulas mengenai isu ini. Dipetik dari wawancaranya bersama MHETV, Neelofa berkata dia lebih selesa jika tidak mahu memberi sebarang komen terhadap keputusan Emma untuk buka tudung..

“Banyak yang saya nak ulas mengenai hal itu tetapi lebih baik saya simpan saja. Siapalah saya untuk menghakimi mereka ini semua. Lebih baik saya fikir hal-hal yang baik saja. Takut mereka rasa tertekan dan melakukan perkara-perkara yang tak baik.

“Saya lihat di media sosial, ramai artis yang tersasar disebabkan oleh tekanan netizen, jadi saya tidak mahu masuk dalam kelompok netizen yang memberi kata-kata cemuhan sekaligus ia sebenarnya boeh menjauhkan lagi diri mereka dengan agama Islam”- jelas Neelofa

Neelofa akui, imannya kadang -kadang ada turun dan naik, namun dia mengambil pendekatan dengan menyertai aktiviti keagamaan supaya kembali berada di landasan yang betul.

“Saya sendiri tak lari dari buat kesalahan dan iman saya juga pun ada naik dan turun, sama juga seperti orang lain, tapi satu benda yang membezakan seseorang itu dengan orang lain adalah untuk berusaha untuk mencari ilmu. Perkara paling penting yang boleh mengubah seseorang itu adalah ilmu pengetahuan.”

“Kalau saya rasa diri ini jauh dari Allah, kurang rasa seronok dalam solat, saya akan menyertai aktiviti keagamaan atau dengar ceramah, berzikir untuk meninggkatkan ilmu itu semula supaya berada di landasan yang betul” katanya.

BACA  "Mana Hati Kau?" - Mas Khan Bengang Kucing Jadi Mangsa Langgar Lari