Sempoi jer! setepek kena pada  batang hidung bila Nazim Othman balas komen liar di Instagram. Itulah yang dilakukan pelakon lelaki itu pada beberapa orang pengikutnya bila menulis satu komen pasal diri Nazim.

Hal ini bermula selepas Nazim berkongsi sebuah gambar untuk mengimbas kembali saat-saat melakukan pembedahan di bahagian kepalanya pada Mac tahun 2015 yang lalu. Walaupun pembedahan itu dilakukan 4 tahun yang lalu namun peminatnya masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa itu.

Sementara itu, ruangan komen di gambar tersebut dipenuhi dengan ucapan yang menyatakan rasa syukur dan ada juga yang meninggalkan kata-kata negatif.

BACA  Aishah Buka Mulut Tentang Status Banglo & Hadiah Pemenang GV5

Tak pasti sama ada pengikut itu hanya bergurau atau menyindir, ada di kalangan pengikut meninggalkan komen seperti,

“selepas tu dah sihat, jadi mamat Korea rambut kuning-kuning bro”

Komen itu nampaknya telah mendapat perhatian dari Nazim sendiri dan membalas semula,

“Jangan mengata orang sangat, takut dosa awak lagi teruk”

Tak kurang juga yang meninggalkan komen berbaur lucah secara membabi buta. Namun komen itu di balas dengan sempoi oleh Nazim.

Kami percaya akaun netizen bermulut jahat seperti ini palsu malah direka untuk mengecam artis tempatan, tujuan negatif termasuk penyebaran berita dan kandungan palsu. Bertabah jelah Nazim!

Artikel SebelumnyaRamai Yang Tidak Hadir! Anugerah Grammy 2019 Hambar?
Artikel SeterusnyaAvril Lavigne Bakal Dedahkan Konspirasi Kematiannya Dalam Video Muzik Terbaru?
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.