Di sebalik populariti yang diraih oleh Ariel NOAH selama ini, siapa sangka anak perempuannya Allea Ananta juga mencuri perhatian umum. Bukan dari konflik kedua-dua ibubapanya, melainkan dari bakat nyanyian ayahnya yang turun kepadanya.

IKLAN

Pada yang tidak tahu, Allea Ananta merupakan anak hasi perkahwinan Ariel NOAH dengan bekas isterinya, Sarah Amalia dan kini di bawah jagan Sarah. Walaupun Ariel jarang mempamerkan aktiviti bersama anak perempuannya, namun, baru-baru ini nama anak gadis Ariel NOAH, Allea Ananta ini muncul jadi sebutan lantaran sebuah video yang baru-baru ini viral di media sosial Instagram.

Dalam video viral tersebut, Allea ini tampil menunjukkan bakat menyanyi. Tidak hanya sekadar berbakat, rupanya Ariel juga menurunkan suara merdunya kepada Allea. Ya, penampilan Allea saat menyanyi dengan suara merdunya ini berjaya memukau penonton yang mendengarnya.

BACA  Video Bogel Jonatan Christie, Pemain Badminton Kebanggsaan Indonesia Tersebar?

Dari akaun Instagram @srkarl_ Allea tampil menyanyi dalam suatu acara. Allea kala itu dilihat membawakan lagu berjudul ‘Matamu’ nyanyian Jaz dan membuatkan penonton bertepuk tangan.

Pepatah ada mengatakan ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi’ begitu lah dengan Suara merdu Allea yang menurun dari bapanya.

Tinggal Bersama Ibu

Ketika Allea menginjak usia tiga tahun, kedua ibubapanya harus bercerai akibat konflik berpanjangan dalam rumah tangganya. Hak jagaan Allea pun jatuh kepada ibunya kerana pada saat itu Allea masih di bawah umur. Selepas ibubapanya bercerai, kehidupan Allea pun berubah drastik. Difahamkan kehidupan dan wajahnya pun jarang terlihat di dalam dunia hiburan.

Namun siapa menyangka di usia ke 13 tahun, kemunculan Allea Ananta kembali mencuri perhatian umum dengan paras cantik dan suara merdunya.