Semalam, kami telah memuat naik sebuah artikel berkenaan sebuah animasi popular di Indonesia yang dikenali sebagai Si Nopal.Animasi tersebut mula tular apabila netizen mula terhibur dengan lagu ‘Si Nopal’ bersama adiknya yang dikenali sebagai Cute Girls yang turut disertai ramai selebriti termasuk pendakwah terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman.

PU Azman Nasihat Netizen Mengenai Perkataan ‘Bahenol’

View this post on Instagram

#animasinopal

A post shared by animasinopal (@si_nopal) on

Namun begitu, terbaru PU Azman menerusi laman Instagram nya meminta netizen agar berhenti menyanyikan lagu tersebut terutama di media sosial. Ini kerana menurut PU Azman, dia telah dimaklumkan oleh pengikutnya bahawa perkataan ‘bahenol’ yang disebut dalam animasi itu merujuk kepada maksud yang tidak baik.

Mohon Maaf

Dalam perkembangan lain, juga menerusi platform yang sama, pendakwah itu memohon maaf atas kekeliruan maksud Bahenol yang dijelaskannya sebelum ini.

Jelasnya lagi, Bahenol juga sebenarnya membawa maksud yang baik dan lebih positif, bergantung kepada penggunaan ayat seseorang.

“BAHENOL JUGA BOLEH MEMBAWA MAKSUD BAIK DAN POSITIF. Jadi, ia bergantung kepada penggunaan dalam seseuatu ayat.
Terima kasih kepada yang berkongsi maklumat kepada saya”

Animasi Si Nopal mencetuskan fenomena nya tersendiri dengan mempunyai peminat di seluruh Asia dan turut mencatat jumlah pengikut lebih 1 juta di Instagram rasmi nya. Di sebalik dua karakter Si Nopal dan adiknya yang digelar sebagai Cute Girl, siapa sangka terdirinya individu-indidivu yang masih remaja yang juga adik-beradik, Nadiah Rifatummumtaz dan abangnya, Naufal Faridurrazak.