Kegembiraan pelakon Lana Nordin sekeluarga menimang cahaya mata kedua yang diberi nama William Daud McKienzie terhenti seketika apabila anaknya itu disahkan menghidapi masala jantung akibat masalah injap (Aortic Stenosis) sebelum menjalani rawatan semalam (Selasa).

IKLAN

Jantung Anak Terhenti 10 Minit 

Namun begitu, sesuatu yang mendebarkan buat mereka sekeluarga apabila ketika persediaan pembedahan dibuat, jantungnya anak pelakon itu dikhabarkan telah terhenti selama 10 minit. Keadaan itu menyebabkan pembedahan William atau dipanggil sebagai Billy ditangguhkan selepas doktor yang bertugas memberi bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR).

BACA  Tahniah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah Timang Cahaya Mata Kedua

Lana Sebak, Mahu Peminat Doakan Anak

Menerusi Instagram nya pula, Lana sempat membuat siaran langsung bagi berkongsi keadaan terkini anaknya.

Dalam keadaan sedih dan hiba, Lana memohon kepada orang ramai untuk untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya. Dalam perkembangan lain, rakan selebriti dan peminat turut membanjiri ruangan komen Instagram pelakon itu yang mengharapkan Billy berada dalam keadaan baik dan akan sembuh seperti biasa.