Pada hemat anda, ketika ini kanak-kanak manakah yang paling popular? Jika anda fikirkan Siti Aafiyah barangkali tepat kerana ada sahaja penangan si comel ini bermula ketika saat dilahirkan.

Senarai 20 Si Cilik Meletop Diumumkan 

Melihatkan keletah anak kepada penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti menghiburkan.

Terbaru, senarai pencalonan Si Cilik Meletop bagi Anugerah Era Meletop 2019 telah pun diumumkan dengan menyaksikan 20 anak-anak selebriti popular tersenarai. Namun begitu, Aafiyah dan bapa saudaranya yang juga pemenang Si Cilik Meletop 2018 Arif Jiwa Asyraf tidak tercalon untuk tahun ini.

BACA  [GAMBAR] Sekitar Sambutan Hari Lahir Siti Aafiyah Yang Serba Meriah!

Peminat Pertikai Siti Aafiyah Tidak Tercalon

Barangkali kerana Arif sudah menggunguli anugerah tersebut pada tahun lalu menyebabkan kanak-kanak itu tidak tercalon pada tahun ini. Akan tetapi ruangan komen posting itu dihujani dengan pertanyaan daripada peminat yang mempersoalkan mengapa Aafiyah tidak tercalon memandangkan populariti kanak-kanak itu dikatakan antara yang paling popular.

Adakah pihak AME terlepas pandang atau permintaan daripada keluarga Siti sendiri untuk tidak mencalonkan Aafiyah? Mungkin mereka punyai alasan tersendiri.