Penyanyi yang popular dengan lagu Got To Go, Najwa Mahiaddin, selesa menggunakan panggilan pentas baharunya, NJWA.

IKLAN

Jelas NJWA, ‘penjenamaan’ baharu itu disifatkan lebih mudah malah nama baru ini memberi sedikit urban dan moden. Menurut NJWA menerusi wawancaranya bersama Utusan Online, sebelum ini memang ada menggunakan nama Najwa, namun ramai yang  keliru. Ekoran hal itu dia menambah nama Mahiaddin di belakang, tetapi nama dia merasakan nama Najwa Mahiaddin terlalu panjang pula.

Tambahnya lagi, jika NJWA ke luar negara, rata-rata orang asing tidak dapat mengeja namanya dengan betul berbanding dengan nama barunya sekarang.

“Apabila ke luar negara, mat salih sering keliru mahu mengeja nama saya. Mereka tak biasa. Jadi, apabila saya jenamakan kembali nama NJWA, lebih mudah untuk saya.

“Memandangkan kita berada dalam era digital dan semuanya online, apabila tengok nama NJWA dan semuanya huruf besar, jadi itu adalah saya. Maka, nama NJWA sekarang memang nama pentas yang saya guna. Ia bukan salah eja atau silap tulis atau apa pun.

“Malah logo saya pun guna nama NJWA. Alhamdulillah, ada kesan positif dengan penggunaan nama baharu ini. Orang pun senang untuk cari, tidak kisahlah di internet atau mana-mana saluran muzik,”

Dalam perkembangan lain, dalam tempoh suku pertama 2019 dia akan mengeluarkan album terbaharu dengan melahirkan single yang bekerjasama dengan Darren Ashley.

BACA  "Pemimpin Terbaik!" - Netizen Puji Pengorbanan Norman Hakim Bersama Keluarga