Blackpink mungkin mendominasi kumpulan penyanyi korea (K-Pop) wanita ketika ini. Namun bagaimana pula dengan kumpulan penyanyi lelaki? Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai penangan kumpulan BTS yang mencetuskan fenomena nya tersendiri sehingga ke peringkat dunia.

IKLAN

Ramai Penyanyi Mahu Kolaborasi

BTS atau nama sebenarnya Bangtan Sonyeondan dianggotai oleh tujuh penyanyi kacak, Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V,Β dan Jungkook ini kini boleh berdiri megah dengan nama kumpulan mereka. Jika dahulu, kebanyakan penyanyi negara lain mengimpikan untuk berkolaborasi bersama penyanyi Hollywood namun kini ianya telah pun berubah. Kebanyakan penyanyi dan kumpulan popular Hollywood pernah meluahkan hasrat untuk berkolaborasi bersama BTS termasuklah Dolly Parton, Charlie Puth dan DNCE.

BACA  Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Bawa Masuk BTS Ke Malaysia

DNCE suatu ketika dahulu menyambut baik hasrat peminat mereka untuk melihat gabungan kumpulan ini bersama BTS. Namun sehingga kini tiada perkembangan mengenai hasrat tersebut.

Westlife Dedah Mahu Kolaborasi Bersama BTS

Terbaru, hasrat yang sama turut diluahkan oleh kumpulan penyanyi terkenal, Westlife. Pendedahan tersebut dibuat ketika mereka menghadiri program Section TV sempena mempromosikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu.Pada tahun lalu, BTS pernah berkolaborasi dengan penyanyi rap wanita terkenal, Nicki Minaj menerusi single Idol. Melihatkan pada gabungan kumpulan dua generasi berbeza ini sudah pastinya akan mencetuskan fenomena terbaru!