Penyanyi popular dari Indonesia, Raisa diketahui sudah melahirkan cahaya mata dari pernikahannya dengan Hamish Daud. Pelantun lagu “Mantan Terindah” bersalin di sebuah Hospital di kawasan Jakarta Selatan.

IKLAN

Di media sosial, ucapan Tahniah membanjiri akaun Instagram Raisa dan suaminyaΒ Hamish Daud. Peminat-peminatnya gembira menyambut anak pertama pasangan yang bernikah pada 3 September 2017 ini.

Bahkan, foto Raisa sedang menggendong bayi viral di media sosial. Foto tersebut seolah-olah membuktikan Raisa dan Hamish Daud rasmi menyandang status sebagai Ibubapa.

Meskipun berita kelahiran anak pertama sudah diketahui umum, Raisa dan Hamish Daud belum memberi pengesahan secara rasmi mengenai hal tersebut. Menurut laporan dari Liputan6,Β pihak pengurusan Raisa belum bersedia berkongsi khabar bahagia ini. Pengurus Raisa berkata, berita ini akan di sampaikan secara rasmi oleh Raisa di akaun media sosialnya dalam masa terdekat.

BACA  Ibu Mertua Hadiahkan Priyanka Chopra Anting-Anting Harga Lebih RM 300 Ribu!