Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi panas ketika menyertai sebuah program realiti tidak lama dahulu, karier seni selebriti Haneesya Hanee turut semakin berkembang terutama melibatkan dunia peragaan.

Netizen Sindir Haneesya Kerana Kelihatan Terlalu Matang 

Namun begitu, nama Haneesya sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila terdapat pengguna yang menganggap wajahnya terlalu matang jika hendak dibandingkan dengan umurnya yang baru menjengah 19 tahun.

Segelintir pengguna turut membandingkan wajah mereka terdahulu ketika berusia 19 tahun yang tampak berbeza dengan wajah model ini.

Kecewa Wajah Dipertikaikan 

Menyedari akan nama nya menjadi bualan, Haneesya menerusi laman Twitter nya turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah netizen yang cuba menjadikan wajahnya sebagai bualan yang tidak berasas.

Ujar Haneesya sambil berseloroh, dia sememangnya dilahirkan sedemikian namun tidak perlu untuk berpakaian seperti patung Barbie untuk kelihatan muda dengan umurnya. Rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan pandangan Haneesya selain mengharapkan agar dia mengabaikan komen-komen negatif yang cuba menjatuhkannya. Apa pun selamat hari lahir Haneesya dari kami di Hangat.com!