Pelakon dan pengarah wanita terkenal, Erma Fatima, kini terus berjaya membawa perniagaan industri kecil dan sederhana ke pasaran yang lebih besar. Erma menghasilkan rangkaian produk Mak Cun dengan kerjasama usahawan ISK (Industri Kecil dan Sederhana) desa. Beliau giat membantu mereka menjenamakan dan memasarkan barangan keluaran mereka di bawah jenama Mak Cun.

Dalam meniti kejayaannya dalam perniagaan, dia percaya perpaduan dan muafakat merupakan tunjang utama untuk meningkatkan lagi ekonomi orang Melayu. Menerusi sebuah video yang dimuatnaik di instagramnya, Erma akui sistem muafakat yang dilakukan oleh Al-Arqam merupakan contoh yang terbaik untuk meninggkatkan ekonomi orang melayu.

“Tidak mustahil ekonomi orang kita akan melonjak naik andai kita bersatu. Ini terbukti, MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT. Aku lihat bagaimana bermulanya Al-Arqam sewaktu aku kecil dulu. Di pasar mereka yang menerajui produk-produk halal, mee kuning, tauhu, kicap dan banyak lagi”-katanya

Erma turut berkongsi pengalamannya ketika berada kota suci Mekah melawat sebuah ladang unta yang dimiliki oleh pengasan Al- Arqam, Ashaari Mohammad (Abuya) dan kemudian diambil oleh isterinya Ummu. Abuya meninggal dunia pada 13 Mei 2010 atas jangkitan paru-paru.

View this post on Instagram

Tidak mustahil ekonomi org kita akn melonjak naik andai kita bersatu. Ini terbukti.. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT. Aku lihat bagaimana bermulanya arqam masa aku kecik2 dulu..kt pasar mereka yg menerajui produk2 halal….mee kuning..tahu..kicap dan byk lg…seblm Buya meninggal aku sempat menziarah arwah d rmhnya..solat jemaah bersama dan aku kagum dgn sistem muafakat yg d praktikan. Setelah Buya meninggal..aku ke mekah dan d bawa melawat ladang unta..aku terkejut dan bangga melihat satu ladang yg d miliki oleh org Malaysia. Find out punya find out rupanya Ummu isteri Buya menerajuinya d sana. Subhanallah..hebatnya..dan harini mereka ada berpuluh cawangan seluruh dunia. Sapa kata org MELAYU tak bole berjaya? Ini contoh sistem kehidupan muafakat yg kita lupa. Penyatuan jemaah inilah kekuatan mereka @gisbholdings dan aku doakan empayar mereka semakin besar.

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

“Sebelum Abuya meninggal dunia, aku sempat menziarah arwah d rumahnya, solat jemaah bersama dan aku kagum dengan sistem muafakat yang dipraktikkan. Setelah Abuya meninggal dunia, aku ke Mekah dan dibawa melawat ladang unta. Aku terkejut dan bangga melihat satu ladang yang di miliki oleh orang Malaysia. Rupanya Ummu isteri Abuya menerajuinya di sana. Subhanallah, hebatnya dan harini mereka ada berpuluh cawangan seluruh dunia. Siapa kata orang MELAYU tak boleh berjaya? Ini contoh sistem kehidupan muafakat yang kita lupa. Penyatuan jemaah inilah kekuatan mereka @gisbholdings dan aku doakan empayar mereka semakin besar.”- ceritanya.

Pada yang tak mengenali, Abuya dianggap sebagai pemimpin Islam yang hebat kerana dapat mengumpul ramai pengikut dari 1968 hingga 1994. Pada kemuncaknya, beliau dilaporkan memimpin 10,000 pengikut dan menjalankan banyak perniagaan. Namun pada tahun 1994, Al-Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana fahaman Aurad Muhammadiah.

BACA  [VIDEO] Ahmad Dhani Sebak Tidak Dapat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak