Baru sahaja ditayangkan pada minggu lalu, drama Leftenan Zana terbitan JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Jinggo dan Sheila Rusly sudah punyai kontroversi nya tersendiri. Bermula dengan spekulasi netizen mengenai perselisihan faham antara Sheila dan Janna Nick selaku pelakon utamanya, kini muncul pula dakwaan daripada netizen mengenai etika pemakaian para pelakon di dalam drama itu.

IKLAN

Netizen Dakwa Produksi Abaikan Tatacara Pemakaian Baju Seragam 

Isu tersebut tercetus apabila seorang netizen di laman Twitter yang dikenali sebagai Amar Aziz yang juga seorang anggota tentera menegur cara pemakaian baju seragam pasukan tentera yang dipakai oleh pelakon-pelakon Leftenan Zara yang dilihat seolah-olah serba tidak kena.

BACA  Teruja! Michelle Yeoh Sahkan Akan Bintangi Sekuel Avatar 2

Malah netizen-netizen yang mengikut drama ini turut berasa kecewa kerana perkara seumpama itu diabaikan memandangkan etika pemakaian merupakan salah satu imej ketenteraan yang dipandang tinggi.

Tidak Salahkan Pihak Produksi 

Meskipun dikecam hebat, Amar tidak menyalahkan pihak produksi atas kesilapan yang mungkin terlepas pandang oleh pihak mereka. Sebaliknya, wakil dari pihak ketenteraan yang seharusnya memainkan peranan dalam aspek pemakaian, etika dan juga teknikal.

Leftenan Zana merupakan drama ketenteraan yang dibintangi oleh Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Zarul Husin dan Hairie Othman. Drama ini mula disiarkan pada 8 Februari 2019 di Slot Lestary TV3.