Selepas bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee terpalit dengan satu kontroversi panas pada bulan lalu, terbaru timbul pula kontroversi melibatkan juara hero remaja 2017, Alif Muhaimin.

Dakwa Gila Seks

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Merq telah mendedahkan bahawa Alif dikatakan sebagai seorang yang ‘gila seks’.

Tuduhan tersebut dibuat setelah terdapat seorang pengguna lain mendedahkan beberapa mesej perbualannya dengan selebriti itu yang mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di rumahnya.

Enggan Melatah 

Dalam pada itu, Alif ketika dihubungi Hangat.com berkata dia akui tahu akan dakwaan tersebut dan menafikannya. Menurut pelakon yang berusia 23 tahun ini, dia enggan bersikap melatah dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan sebaliknya hanya ingin memfokuskan pada kariernya.

BACA  20 Tahun Usia Kuch Kuch Hota Hai! Kini 4 Pelakonnya Sekaya Ini

Jelas Alif lagi, dia tidak tolak kemungkinan terdapat segelintir pihak yang cuba menjatuhkan nama baiknya memandangkan perjalanan seninya baru sahaja bermula apatah lagi rakan-rakannya yang lain turut mengalami nasib yang sama.

” Sebenarnya Alif enggan melatah apatah lagi melibatkan isu seumpama ini. Baik atau buruk, kalau kita keluarkan kenyataan orang pasti akan anggap kita salah. Jadi apa pun orang nak cakap, Alif terima sahaja dan fokuskan pada karier”

Tercalon Dalam AME 2019

Dalam perkembangan lain, Alif turut tercalon sebagai 20 finalis Artis Baharu Meletop Anugerah Era Meletop 2019 (AME). Selain itu, pelakon ini bakal tampil dengan drama terbaru arahan Michael Ang, “Setelah terlafaznya akad” yang bakal ditayangkan sekitar Jun hadapan.

Artikel SebelumnyaNetizen Dakwa Drama Leftenan Zana Serba Tak Kena!
Artikel SeterusnyaDituduh Perli Menteri! Mira Filzah Dakwa Wujudnya Akaun Facebook Palsu
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress