Terdahulu, seorang individu di Facebook telah menuntut TV3 untuk membuat pemohonan maaf kerana membenarkan hos Anugerah Juara Lagu 33, Sherry Al- Hadad menyebut perkataan ‘Bossku’ ketika bersiaran langsung baru-baru ini. Terbaru, individu yang sama turut mengecam tindakan pelakon Mira Filzah yang dikatakan seolah-olah memerli taraf pendidikan menteri-menteri baru yang hangat diperkatakan di arena politik.

IKLAN

Mahu Mira Filzah Dikenakan Tindakan 

Menerusi kenyataan individu tersebut, dia menyelar tindakan Mira yang memuat naik gambar beserta status seumpama itu. Jelasnya lagi, dia mahu pelakon itu dikenakan tindakan beserta digam dari stesen televisyen atas cubaan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap barisan kepimpinan Malaysia Baru. Tegasnya lagi, dia turut menuntut Mira untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

BACA  Lepas Beyonce, 'Crazy Rich Mumbai' Ini Panggil Maroon 5 Nyanyi Di Majlis Pernikahan

Dakwa Wujud Akaun Palsu 

Dalam perkembangan lain, Mira menerusi laman Twitter nya terkilan kerana individu tersebut telah mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang usul periksa. Jelas Mira, akaun Facebook yang diwujudkan atas namanya itu sebaliknya adala akaun palsu.

Tambah pelakon Pujaan Hati Kanda itu, dia tidak gemar untuk terlibat dalam mana-mana pergaduhan di media sosial dan kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan hal yang sebenar. Terbaru, hasil carian kami mendapati akaun tersebut telah pun memadam status berkenaan