Tiga minggu lagi! Filem adiwira terbaru keluaran Marvel iaitu Captain Marvel bakal ditayangkan serentak seluruh dunia pada 8 Mac hadapan.

Teori Captain Marvel Berkait Dengan Avengers : End Game 

Ramai yang tidak sabar untuk menantikan adiwira yang dikatakan sebagai penyelamat kepada pasukan Avengers menerusi filem kesinambungannya yang akan ditayangkan sebulan selepas Captain Marvel. Berdasarkan trailer dan poster-poster rasmi Captain Marvel atau nama sebenarnya Carol Danvers yang mula dimuat naik, terdapat pelbagai teori yang dikaitkan sebagai kesudahan Avengers tidak lama lagi.

Laman Web Captain Marvel Edisi 90An

Menyemarakkan lagi promosi filem ini, Marvel turut mewujudkan satu laman khas untuk Captain Marvel. Menariknya mengenai laman tersebut, ianya telah direka dengan konsep era 90-an dimana terdapat perkataan dan animasi berwarna-warni beserta teks dalam versi Comis Sans. Rekaan tersebut sekaligus mengingatkan kita pada era dahulu yang begitu klasik!

Tiket Mula Dijual Di Pawagam 

Dalam perkembangan lain, GSC Cinemas telah mengumumkan penjualan awal tiket filem Captain Marvel bermula hari ini! Rata-rata peminat begitu teruja dengan pengumuman tersebut selain mengharapkan terdapat barangan eksklusif Captain Marvel akan turut dijual bersama.