Sebelum ini penyanyi nasyid yang juga bekas ahli kumpulan In-Team, Suhaimi Saad hangat diperkatakan apabila dia dikatakan tidak menghantar anak-anaknya bersekolah sebaliknya mengamalkan pendidikan di rumah. Ekoran itu, dia teruk dikecam sehingga dilabelkan sebagai seorang bapa yang pentingkan diri.

Cabar Angkasawan Untuk Bersumpah 

Terbaru, Suhaimi sekali lagi dikecam netizen apabila dia mencabar angkawasan negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie berkenaan kenyataanya sebelum ini berkenaan kajiannya terhadap bentuk bumi. Menerusi status yang dimuatnaiknya di Facebook, Suhaimi mencabar angkasawan itu untuk bersumpah dengan memperakui bahawa bentuk bumi itu sememangnya sfera dan bukanlah rata seperti yang dibincangkan hebat oleh kebanyakan ilmuwan.

BACA  [VIDEO] Ramai Artis Puji Nyanyian Anak Liza Hanim Yang Sungguh Merdu!

Cetus Perdebatan 

Dalam pada itu, dia juga berjanji akan menghentikan kajiannya sekiranya Dr Sheikh bersumpah mengenai bentuk bumi sebenar.

Malah dalam kenyataannya yang lain, Suhaimi turut meminta netizen untuk menunjukkan kedudukan langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk. Kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan hangat dikalangan netizen selain menyifatkan pandangan Suhaimi seolah-olah sudah terpesong.