[VIDEO] Kagum! Lagu Yuna Iringi Bella Hadid Berjalan Di Pentas Fesyen Antarabangsa

2.4K

Turut aktif dalam bidang nyanyian di luar negara, Yuna yang merupakan anak seni Malaysia yang kini berada di Amerika Syarikat itu terus mencipta nama di sana.

Siapa sangka, baru-baru ini lagu nyanyiannya, Lullabies telah dimainkan bagi mengiringi supermodel, Bella Hadid berjalan di pentas runway untuk pertunjukan fesyen Oscar de la Renta di Amerika Syarikat.

Momen indah itu telah dkongsikan oleh Yuna menerusi akaun Instagramnya. Dalam video yang dimuatnaik Yuna menunjukkan Bella Hadid mengenakan salah satu koleksi terbaru Oscar de la Renta  iaitu gaun indah berwarna hitam dengan diiringi lagu Lullabies.

BACA  Sissy Iman Dianggap Saingan Aisyah Aziz? Ini Penjelasannya

Bella Hadid sendiri juga ada berkongsi video dia menjalani latihan Catwalk sebelum acara itu berlangsung.

Jenama Oscar de la Renta memang terkenal sejak era 60-an lagi, apabila beberapa hasil rekaannya digayakan  oleh bekas wanita pertama Jacqueline Kennedy. Malah jenama Oscar de la Renta turut digayakan oleh Meghan Markle and Kate Middleton sebelum ini.