Bermula sebagai seorang pereka fesyen yang kini masuk tahun kesembilan, kini Ezuwan Ismail merealisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi dengan menubuhkan trio E1. Selain Ezuwan, E1 turut dianggotai Zulyasrani dan Ariff Imran.

Nafi Karier Fesyen Sudah Gulung Tikar 

cof

Menurut Ezuwan, atau nama sebenarnya Mohd Ezuwan Ismail, dia mengharapkan kembara seninya yang baru bermula ini akan menjadi batu loncatan untuk mengukuhkan jenama fesyen miliknya. Jelas Ezuwan,  dia turut menafikan bahawa kariernya dalam bidang fesyen sudah sampai ke penghujungnya

Jawab Sindiran Che Ta 

cof

Dalam masa yang sama Ezuwan ketika ditemui Hangat.com,menjawab persoalan baru-baru ini dimana terdapat sindiran daripada pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang memuat naik kenyataannya di Insta Story mendakwa suara seorang pereka fesyen yang bakal bergelar penyanyi seperti tercekik sudu dan mahu dia melupakan hasrat tersebut.

“Sebenarnya saya pun tak tahu mengenai status tersebut sehinggalah dimaklumkan rakan-rakan. Saya tidak kisah mengenai segala kritikan kerana akan mengambil kritikan tersebut untuk memperbaiki kelemahan. Saya akui saya bukanlah penyanyi professional. Disebabkan itu saya ada minta bantuan Zu dan Ariff yang ada asas dalam bidang ini untuk membantu saya. Malah saya turut mengambil kelas vokal bersama Cikgu Shafie dan Cikgu Bob Yusof”

Ujar Ezuwan, dia mendapat tahu perkara ini daripada-daripada rakannya. Meskipun status Che Ta tidak dinyatakan dengan jelas mengenai pereka fesyen tersebut, sebagai seorang pendatang baharu Ezuwan menerima segala kritikan dengan terbuka dan akan terus memperbaiki kelemahan.

Enggan Dilihat Sebagai Kumpulan Bermusim 

Tegas Ezuwan lagi, dia enggan menganggap trio E1 hanya sekadar kumpulan bermusim atau mencapai one hit wonder. Baginya, gabungan bersama Zulyasrani dan Ariff melengkapkan lagi kesempurnaan E1 dengan paduan vokal yang berbeza selain berhasrat untuk terus mewarnai industri hiburan. Selepas tampil dengan single Semalam Sahaja yang ditulis leh Asfan Shah, E1 bakal keluarkan single kedua bersempena hari raya tidak lama lagi.