Semalam hangat memperkatakan mengenai penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang mencabar angkasawan negara Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie berkenaan kenyataanya sebelum ini berkenaan kajiannya terhadap bentuk bumi. Menerusi status yang dimuatnaiknya di Facebook, Suhaimi mencabar angkasawan itu untuk bersumpah dengan memperakui bahawa bentuk bumi itu sememangnya sfera dan bukanlah rata seperti yang dibincangkan hebat oleh kebanyakan ilmuwan.

IKLAN

Dr Sheikh Anggap Bentuk Bumi Adalah Sfera 

Menjawab persoalan tersebut, angkawasan negara yang lebih mesra disapa sebagai Dr Sheikh mengeluarkan satu kenyataan di Instagram nya pagi ini. Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, sebagai seorang angkasawan Islam yang ke-9 adalah menjadi tanggungjawab nya untuk menjadi saksi dan menceritakan keajaiban bumi yang dilihatnya di angkasa lepas ke mata dunia.

View this post on Instagram

Pic – Is the Earth flat ? Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas … Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar … Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr Laungan Azan kedengaran seketika Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi Melihat Bumi dengan mata sendiri Degupan jantung berhenti seketika Meremang Bulu Roma Mata tidak terkebil Melihat Kebesaran Maha Pencipta Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas … Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana MasyaAllah …SubhanAllah … And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator . Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole . It makes you a true believer on the Creator The experience is truly amazing and spectacular. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers But here I am sharing you my experience of what I have seen . In the name of Allah it comes from my heart Salam Jumaat Everyone … Semoga mendapat Barakah semua . Amiinn … Love As Always … PS – Just wanted to straighten the facts !

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Tegas Dr Sheikh lagi, dia akui bahawa Bumi itu sememamgnya berbentuk sfera seperti yang termaktub dalam pengetahuan manusia selama ini dan bukanlah leper.

“Melihat Kebesaran Maha Pencipta
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana
MasyaAllah …SubhanAllah …
And the Earth is spherical in shape.”

Suhaimi Perli Dr Sheikh 

Namun begitu, tidak lama kemudian Suhaimi menerusi Facebook nya membalas kenyataan yang diberi angkasawan negara itu, Menurut Suhaimi yang juga suami kepada Ina Naim, dia seolah-olah memerli Dr Sheikh dengan mendakwa angkasawan negara itu hanya sekadar memberi kenyataan biasa dan bukanlah sumpah seperti yang dituntut.

BACA  Wow! POS Malaysia Bakal Keluarkan Setem Edisi Khas Marvel & Batman

Malah pada pengakhiran kenyataanya itu, Suhaimi turut menulis hashtag #takfahammaksudsumpah yang menimbulkan kecaman daripada ramai pengguna di laman sosial itu.