Tidak lama lagi, Anugerah Era Meletop 2019 (AME) bakal menjelma dan senarai pencalonan untuk anugerah-anugerah yang bakal dipertandingkan turut diumumkan.

Siti Aafiyah Tidak Tercalon Kerana Tidak Mempunyai Akaun Instagram 

Salah satunya adalah pencalonan bagi Anugerah Si Cilik Meletop yang menampilkan barisan anak-anak selebriti popular merebut gelaran tersebut. Terdahulu, hangat memperkatakan mengenai kategori tersebut apabila anak penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah tidak tercalon. Namun begitu, pihak AME memberitahu antara syarat kategori tersebut adalah mereka yang bakal dicalonkan wajib mempunyai akaun Instagram.

Redza Minhat Anggap Pencalonan Anak-Anak Selebriti Dalam AME Kurang Bijak 

Terbaru, satu lagi isu berkenaan kategori tersebut adalah apabila pelakon Redza Minhat memberikan pandangannya mengenai kewujudan kategori tersebut. Menurut Redza, dia sama sekali tidak bersetuju melihat anak-anak selebriti yang masih kecil bertanding dalam kategori itu dan turut menganggapnya sebagai sesuatu yang kurang bijak. Perkongsian pelakon itu di laman Twitter turut mendapat lebih dari 5 ribu perkongsian pengguna.

Rata-rata pengguna di laman sosial itu beranggapan kesemua anak-anak selebriti yang tercalon masih kecil dan tidak seharusnya diberikan publisiti yang memperlihatkan mereka seperti bekerja. Malah ada segelintir yang menganggap, kebanyakan seleriti seolah-olah menumpang populariti anak mereka.Apa pendapat anda? Kongsikan dengan kami!