Detik yang ditunggu-tunggu oleh pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah pun tiba apabila Ayu selamat melahirkan cahaya mata keempat nya semalam.

Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

View this post on Instagram

Allah Hu Akbar !! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.. it’s a Boy Alhamdulillah… setiap anak ada rezeki nya dan Pengalaman setiap anak lain2 apapun Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin harini, rezeki sekejap je sakit dh bersalin xsempat Doctor sambut.. kali ni betul2 rasa turun tanda ,pecah ketuban , & contraction.. bukaan 3 cm -10 cm 1 jam lebih ja,maybe dah ank ke 4. Seblum ni baby girl mmg la senang, sblum tu 2boys dgn epidurals so xsempat nk rasa sakit. 😋Suami kalau bole sumua ank dia nk suruh I ambik epidural dia x sanggup tgk ayu sakit. kali ni Allah bg rasa dan menikmati experiences besalin betul2 sama mcm org lain cuma cepat n sakit sekejap bersama org tersayang suami n mama bergilir gilir dkt labour room.😘😍 Tq sayang sentiasa ada utk ada utk I @zaqone_08. Mama of course mak sanggup buat apa saja utk anak2 dia.. betul2 dak?! Kita belum tentu lg ada utk mak kita. Erm.. kami xpernah merancang pun pasal Anak sesungguhnya Rancangan & Kurniaan Allah yg terbaik ,sentiasa bersyukur.. 🙏 semoga Anak2 ku menjadi anak2 yg soleh Dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb. Pelengkap keluarga Zaquan Ayu🥰

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Berita gembira itu dikongsi Zaquan menerusi Instagram nya dengan menyatakan isteri dan anak mereka berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 10.46 pagi Khamis.

“Isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.46 pagi tadi. Isteri dan anak selamat dan sihat. Alhamdulilah,”

Mahu Peminat Kongsikan Nama Anak 

Dalam kesempatan itu, pemain bola tersebut turut berkongsi gambar anak keempat mereka selain turut berkongsi pendapat dengan pengikutnya mengenai nama anak mereka.

Rata-rata peminat membanjiri ruangan komen Ayu dan Zaquan dengan ucapan tahniah selain mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka. Pasangan ini telah berkahwin pada 21 Januari 2011 dan sebelum ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.