Tahun 2019 menyaksikan satu fenomena baharu apabila boleh dikatakan sisi lain kebanyakan selebriti-selebriti terkenal tanah air telah disebarkan oleh beberapa individu di media sosial.

IKLAN

Pendedahan Awal Dari Netizen

Bagaikan satu ‘trend’, segelintir individu telah mewujudkan beberapa akaun khas semata-mata mendedahkan kisah panas selebriti yang hangat diperkatakan. Bagaikan mengambil alih kerja para wartawan, boleh dikatakan akaun-akaun ini antara yang terawal mendapat kisah eksklusif selebriti hasil perkongsian netizen di laman sosial mereka.

Selebriti Tidak Senang Duduk 

Bukan satu atau dua, malah hampir kebanyakan pendedahan artis dibuat oleh akaun-akaun ini. Namakan sahaja kontroversi-kontroversi panas seperti kisah Zul AriffinNur Sajat, Emma MaembongSharnaaz Ahmad dan yang terbaru Alif Muhaimin semuanya telah didedahkan akaun-akaun tersebut.

BACA  [GIVEAWAY] Peluang Memenangi Sepasang Tiket Menonton Filem Aksi Bikers Kental 2

Ada yang mendakwa wujudnya fitnah dalam pendedahan tersebut dan tidak kurang juga berdasarkan kisah benar sehingga membuatkan selebriti-selebriti yang terpalit dengan pelbagai kontroversi  tidak senang duduk. Apa pendapat anda mengenai akaun-akaun tersebut? Kongsikan dengan kami!