Nampaknya semua orang dah tak sabar menantikan kedatangan boyband popular dari Britain, BLUE yang akan hadir ke Malaysia pada 3 Mac 2019 sempena konsert jelajah ‘Blue Live In Malaysia 2019′

Lebih mengujakan, sebelum bermula, penonton di konsert akan dihangatkan lagi dengan penampilan CEO Astro Radio, Jake Abdullah, atau Jakeman.

Terbaru, tiket bagi kategori VVIP, CAT 3 dan CAT 4 yang masing-masing berharga RM598, RM158 dan RM98 telah pun habis dijual. Macam goreng pisang panas! Peminat yang merancang untuk ke ‘Blue Live In Malaysia 2019′ bagaimanapun masih boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM398 (VIP), RM208 (CAT 2) dan RM258(CAT 1).

BACA  Instagram Lan Pet Pet Diserang, Babitkan Pakej Umrah?

Penganjur, KC & Friends mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan tiket melalui agen sah jualan www.myticket.asia. Elakkan membeli tiket daripada orang ketiga yang menjual tiket dengan harga yang tinggi dan mengaut keuntungan berlipat ganda.

Sebelum ini, BLUE yang dianggotai Lee Ryan, Simon Webbe, Duncan James, dan Anthony Costa pernah mengumumkan akan berehat seketika sebagai kumpulan bagi memfokuskan karier solo mereka. Kini mereka kembali bersama dan akan membuat penampilan di Dewan Wawasan @ Menara PGRM, Cheras.

BACA  Tak Bersedia Antara Punca Remy Ishak Putus Tunang

Konsert ‘Blue Live In Malaysia 2019‘ ini dianjurkan oleh KC &Friends dan TerryandTheCuz.