Artis mana yang tak bengang jika ada pihak yang tak bertanggungjawab menularkan video peribadi mereka sehingga mengundang fitnah dan menimbulkan persepsi buruk dari netizen.

IKLAN

Seperti yang terjadi pelakon cantik, Chacha Maembong berang terhadap sebuah akaun gosip hiburan popular di Instagram. Akaun instagram tersebut telah berkongsi sebuah video yang diambil dari IG stories Chacha sebelum ini.

Video tersebut menunjukkan aksi mesra Chacha bersama rakan baiknya. Namun, agak mengecewakan apabila ramai netizen yang menyangka Chacha memberi ciuman mesra kepada seorang lelaki. Hakikatnya individu dalam video itu adalah seorang wanita yakni rakan baik Chacha. Tak pasal-pasal netizen dapat dosa kan?

BACA  Diana Danielle Bengang Suami Kena Waran Tangkap Secara Tiba-Tiba?

Chacha telah meluahkan rasa kesal menerusi IG storiesnya semalam terhadap tindakan akaun gosip di Instagram tersebut kerana telah menyebarkan video yang boleh mengundang fitnah dari netizen.

“Ni la manusia zaman sekarang, suka je buat fitnah burukkan orang! Dapat duit ke? Cubalah jangan lifeless sangat, asyik nak aib kan orang saja! Rasanya dah banyak dosa, bertaubat lah!  Untuk pengetahuan, dia (wanita dalam video) adalah kawan baik saya, rasanya ramai yang tahu sebab dia selalu ada dalam IG Story saya! Terima kasih sebab bagi saya pahala percuma. Kepada Makcik P***a, cuba cari gosip atau viral yang legit sikit eh, Sedih!”

Chacha sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan seorang DJ yang dikenali sebagai Leslie.  Chacha akui serius tentang hubungannya dengan jejaka itu yang bukan beragama Islam. Mereja telah menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu dan mendedahkan jejaka itu kini sedang mempelajari agama Islam.

BACA  Netizen Persoal Kad Pelajar Boy Iman Tertera Pangkat 'Dato'