Penyanyi Misha Omar dalam satu sidang media sebentar tadi, memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap penyebaran fitnah mengenai dirinya di media sosial.

Misha melantik peguambela, bagi kes fitnah melibatkan dirinya dengan beberapa individu sekaligus ia cuba menjatuhkan reputasinya.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan firma guaman tersebut, mereka mengumumkan sudah dilantik sebagai konsultan berkaitan undang-undang untuk Misha.

Difahamkan sebelum ini, sebuah akaun Facebook, yang tidak sebutkan nama telah memuat naik cerita fitnah dengan kenyataan bahawa Misha telah mengamalkan ilmu sihir atau bomoh ketika membuat persembahan.

Lebih mengejutkan, ada pengguna media sosial yang menuduh Misha melakukan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut ini sejak dia popular dengan lagu berjudul Pulanglah yang menjadi runut bunyi untuk filem seram “Pontianak Sundal Malam”.

BACA  [VIDEO] Misha Omar Kini Bergelar Pembaca Berita Astro?

Kenyataan keterlaluan itu sengaja dicetuskan ekoran kejayaannya pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) pada 3 Februari lalu.

Berita palsu ini disebarkan oleh individu tertentu di media sosial sehingga membuatkan Misha tidak selesa berdepan dengan orang ramai. Menurut peguam yang dilantik, Misha menuntut wang ganti rugi terhadap pesalah tetapi hanya mahu mereka membuat permohonan maaf tanpa syarat kepadanya secara bersemuka.

BACA  AJL33: 4 Finalis Ini Disebut Bakal Jadi Juara Buat Kali Ke-2, Ini Alasannya!