Setelah lama mengunci mulut mengenai kontroversi berkahwin dengan gadis Ukraine, Zul Ariffin tampil mengulas. Beliau yang tidak menafikan mahupun juga tidak mengiyakan, Zul meminta agar peminat mengandaikan sahaja hubungan mereka.

IKLAN

Jelas Zul, segalanya sudah jelas di mata orang awam sejak skandal hubungannya dengan wanita terbabit didedahkan netizen satu persatu.

“Orang di luar sudah boleh berfikirlah. Saya tak perlu buat kenyataan rasmi berkenaan perkara itu. Saya tak tahu nak kata apa, mungkin macam sesetengah orang di Malaysia yang menggunakan panggilan tertentu dalam satu perhubungan. Sayang, baby, you, I”, jelas Zul.

Hubungan rapat antara Zul dan Tanya mula dihidu netizen menerusi persamaan pada foto Zul berkunjung ke Phuket, Thailand tahun lalu.

BACA  Selain Tengku Fahd, 5 Putera Diraja Ini Antara Terkacak Di Malaysia!

Gadis itu juga difahamkan telah mencacah tatu tertulis nama ‘Zul’ di jari tangannya. Manakala, baru-baru ini juga foto-foto terbaharu mereka kembali tular menerusi pembongkaran oleh netizen.

Akaun wanita itu juga turut diserang peminat fanatik Zul hingga pemiliknya memadamkan hampir kebanyakan gambar yang dimuat naik dan menyelar kembali tindakan netizen Malaysia yang bertindak agresif.

“Saya tak nak cakap dia syok sendiri. Apa yang saya boleh cakap, saya tak nak denied this and that, orang kat luar boleh menelah perkara itu tetapi apa yang ada sudah cukup jelas.

“Anda tak akan dapat sebarang kenyataan rasmi daripada saya. Apa yang anda tengok, anda pun tahu. Sudah ada di situ, jadi tengoklah!” tambah Zul lagi.

Apa yang Hangat.com boleh nasihatkan supaya Zul Ariffin bersabar dengan apa yang netizen lemparkan kepada Zul dan jika Tanya adalah bakal surihati Zul Ariffin, maka percepatkanlah majlis perkahwinan dengan gadis pilihan tersebut. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Zul dan Tanya.

BACA  [GAMBAR] Zul Ariffin Didakwa Sudah Berkahwin Dengan Gadis Ukraine?