Nampaknya pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang bakal bernikah pada Mac nanti itu dilihat begitu terbuka mempamerkan kemesraan dan sisi romantik mereka.

IKLAN

Semakin kerap menunjukkan aksi manja bersama, sesetengah netizen mula merasa malu dengan lagak Fasha dan Aidil yang ibarat ‘suami dan isteri’ dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh pelakon wanita itu di akaun Instagramnya semalam.

Kedudukan wajah antara Fasha dan Aidil yang agak rapat membuatkan mereka seakan hampir bercumbu. Disebalik kecaman yang diterima, ada pula netizen yang mendakwa serta persoalkan bahawa pasangan ini sudah bernikah secara senyap. Hmm.. betul ke? Tapi kalau betul, kenapa tidak dihebahkan?

BACA  Sharifah Amani Digelar 'Vampire Malaysia'! Ini Sebabnya


Hangat.com ingin mendoakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua dan semoga segala persiapan pernikahan mereka berjalan lancar, jangan lupa jemput team Hangat.com ya.