Sejak kebelakangan ini, bertiup kencang khabar angin mengatakan rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor sedang bergolak. Biarpun tidak diulas dengan jelas namun beberapa posting Sharnaaz mengundang persoalan.

Status serta sekeping gambar yang dimuatnaik oleh pelakon itu di Instagramnya, baru-baru ini seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang dalam keadaan sedih.

”Saja nak habaq , mana pi mamat dalam gambaq ni tak tau, hilang mana dah semangat dia, jiwa dia…garang dia…watak dan perwatakan…walaupun menjelikkan dan menjengkelkan perangai mamat ni, tapi manis dan asam asam boi dia tetap ada… semoga kembali wahai sahabat jiwa…” tulis Sharnaaz.

Umum tahu, pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini merupakan seorang yang suka bergurau dan sentiasa ceria orangnya. Namun sejak kebelakangan ini, kapsyen di beberapa keping gambar di Instagram Shaarnaz seolah memberi bayangan sedang berdepan masalah peribadi.

BACA  [VIDEO] Ahmad Dhani Sebak Tidak Dapat Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak

Tinjauan di ruangan komen Instagram Sharnaaz juga memperlihatkan ramai netizen mengirimkan kata-kata semangat buat aktor berbakat ini. Sharnaaz Ahmad berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki bernama Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

Hangat.com mendoakan agar Sharnaaz dan Nabila terus mengecapi bahagia dalam rumah tangga seterusnya dapat membesarkan Jebat Jayden bersama. In syaa Allah.