Baru sahaja dilancarkan, single terbaharu kumpulan Drama Band berjudul Drama mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Semuanya kerana video muzik lagu tersebut dikatakan seolah-olah memerli beberapa selebriti terkenal tanah air yang tampil dengan beberapa kontroversi tidak lama dahulu.

Dianggap Biadap Kerana Perli Selebriti Tanah Air 

Dalam video muzik itu, netizen mendakwa Drama Band seolah-olah membuat parodi kontroversi selebriti seperti Nabila Razali, Haqiem Rusli dan Haneesya Hanee. Meskipun pada awal video muzik tersebut jelas tertulis tiada kaitan dengan mana-mana pihak, namun netizen tetap mengatakan ianya jelas ketara memerli selebriti-selebriti tersebut. Berdasarkan carian kami, netizen mengecam hebat video tersebut sehingga menganggap Drama Band biadap dan sengaja mencetuskan gimik.

BACA  Pernah Berkhidmat Dengan Yuna, Inilah Pereka Props Persembahan Sufian Suhaimi Di AJL33

Haneesya Hani Tidak Puas Hati 

Dalam perkembangan lain, Haneesya dan Haqiem tampil memberi kenyataan mengenai video tersebut yang dikatakan seperti memerli mereka.

Jelas Haneesya, dia ternyata tidak berpuas hati kerana video tersebut seolah-olah menambahkan tekanan pada dirinya ekoran kontroversi kelab malam yang lalu. Malah, ibu Haneesya turut tampil meninggalkan komen beranggap Drama Band seperti ‘batak isu’ dan mendoakan rezeki yang diperolehi hasil dari single ini akan dimanfaatkan ke arah kebaikan.

Haqiem Rusli Berfikiran Positif 

Bagi Haqiem pula, dia masih berfikiran positif dan menganggap kumpulan itu punyai tujuannya tersendiri untuk membuat video sedemikian.

Malah pelantun Jatuh Bangun itu sempat berseloroh dengan mengatakan ‘Haqiem Rusli’ di dalam video itu memakai cermin mata hitam sama sepertinya. Apa pendapat anda? Mungkin ‘drama’ yang dicetuskan Drama Band menjadi?

BACA  Kantoi! Pemain Tenis Terkenal, Murray Tak Sedar Tayang Kemaluan di Instagram