Nama penyanyi nasyid, Suhaimi Saad menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini ekoran kenyatannya mengenai bentuk muka bumi yang mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna media sosial.

Nama Suhaimi Digugurkan 

Terbaru, menerusi kenyataanya di Facebook, Suhaimi memberitahu namanya telah digugurkan oleh pihak penganjur dari menyertai konsert 4nomena yang bakal berlangsung pada 20 April depan. Sebelum ini, Suhaimi antara penyanyi yang diundang untuk membuat persembahan di konsert berkenaan.

Redha dengan keputusan tersebut, penyanyi nasyid itu percaya ada hikmah disebaliknya selain mendoakan konsert tersebut akan berlangsung dengan jayanya.

Dakwa Pihak Penganjur Seperti Hipokrit 

Namun begitu, tidak lama kemudian juga menerusi Facebook nya, Suhaimi menyangkal dakwaan kenyataan sebuah akhbar yang melaporkan bahawa Suhaimi ‘direhatkan’ daripada konsert tersebut dan bukanlah digugurkan seperti yang dimaklumkannya sebelum ini. Tegas Suhaimi lagi, pihak penganjur seharusnya memaklumkan kepada umum bahawa namanya disingkirkan bagi mengelakkan kekeliruan.

BACA  [REVIEW] Filem Reside Tiru Gaya 'Hantu Korea'?

Malah Suhaimi turut memerli pihak penganjur kerana rata-rata netizen sudah tahu mengenai perkara yang sebenar. Dalam perkembangan lain, pihak penganjur, KGM Event meluahkan rasa kesal dengan beberapa kenyataan Suhaimi sebelum ini yang menimbulkan provokasi dan rasa kurang senang pelbagai pihak.