Bercakap mengenai drama pada musim Ramadhan, sudah pasti nya akan terkenangkan drama Diari Ramadhan Rafique yang begitu mencuit hati. Malah drama ini punyai peminatnya tersendiri sehingga ada yang sanggup menanti di hadapan kaca televisyen bagi menonton drama popular sekitar tahun 2006.

Diari Ramadhan Rafique Bakal Kembali?

Kini selepas 13 tahun, berita yang menggembirakan buat peminat Diari Ramadhan Rafique apabila sekualnya dikatakan bakal menemui penonton pada Ramadhan tahun ini! Segalanya mular tular di media sosial apabila terdapat gambar barisan pelakon asal drama ini yang bergambar bersama-sama yang turut membandingkan gambar mereka 12 tahun yang lalu.

Rata-rata peminat cukup teruja dengan khabar berita tersebut meskipun belum diumumkan secara rasmi.

BACA  Anjali Semakin Berbeza! 7 Gaya Sana Saeed Yang Selalu Seksi Tayang Aset

Peminat Tertanya Ketiadaan Norish KarmanΒ 

Namu begitu, melihatkan pada gambar tersebut, ramai yang tertanya ketiadaan seorang pelakon asal drama ini, Norish Karman yang memegang watak sebagai Siti Zubaidah. Ketiadaan Norish tertanya menimbulkan tanda tanya peminat selain menganggap drama ini tidak akan lengkap sekiranya pelakon tersebut tidak terbabit untuk musim kali ini.Selain Norish, Diari Ramadhan Rafique turut dibintangi Mirsad Hassan Kulasic, Rozita Che Wan, Normah Damanhuri, Roy Azman, Thaqif Taufek, Mysarra Syahfiedzrien dan Noor Zam Zam