Pada tahun 2017, kami telah senaraikan filem IT sebagai filem paling seram pada tahun itu. Kini selepas dua tahun, sekual kedua filem ini bakal menghantui semula peminat menerusi judul IT : Chapter 2.

IT : Chapter Two Berdurasi Selama Tiga Jam?

Filem yang dijadualkan tayangannya pada September ini terlebih dahulu mencuri perhatian peminat apabila terdapat dakwaan daripada netizen yang mengatakan filem seram ini bakal berdurasi selama hampir tiga jam.

Segalanya didedahkan oleh seorang netizen menerusi laman Twitter nya apabila dia berkesempatan untuk menonton tayangan awal filem tersebut sebelum diedarkan di seluruh dunia.

Sinopsis IT: Chapter TwoΒ 

Malah netizen tersebut turut mendakwa sekual kedua filem ini tidaklah sehebat seperti yang pertama meskipun durasinya agak lama berbanding filem-filem yang lain. Namun begitu, ramai yang beranggapan durasi tersebut adalah durasi asal yang belum disunting dan dalam masa yang sama tidak menolak IT: Chapter 2 berkemungkinan lebih sedikit dari yang sebelumnya iaitu 2 Jam 15 minit.

BACA  [VIDEO] Pesakit Polio Sebak Siti Nurhaliza Buat Kejutan Secara Langsung

Mengenai sinopsis awal filem ini,selepas 27 tahun, ahli-ahli the Losers Club telah pun membesar dan membawa haluan masing-masing. Namun begitu, kerana satu panggilan telefon misteri, ahli kumpulan ini bersatu kembali merungkai misteri yang melanda mereka.