Posting terbaharu penyanyi antarabangsa, Shawn Mendes ternyata begitu memukau dan menarik perhatian ramai pihak apabila dia dilihat hanya memakai brief boxer dan memuat naik dua gambar tersebut di laman Instagram nya.

IKLAN

Jayakan Kempen Calvin Klein 

Pertama kali memuat naik gambar sedemikian, Shawn sebenarnya menjalinkan kerjasama dengan jenama pakaian lelaki terkenal, Calvin Klein (CK).

View this post on Instagram

@CalvinKlein #MyCalvins. Campaign coming this week.

A post shared by Shawn Mendes (@shawnmendes) on

Untuk edisi kali ini, Shawn dipilih bagi memperagakan koleksi seluar dalam CK. Terdahulu, beberapa selebriti lelaki turut dipilih memperagakan kempen koleksi seluar dalam lelaki jenama CK antaranya adalah Justin Bieber, Jamie Doman, Nick Jonas, Mark Wahlberg dan ramai lagi.

BACA  Ini Alasan Penduduk Mesir Gelarkan Rami Malek Sebagai 'Firaun' Baru

Rakan Artis Puji Shawn 

Melihatkan pada gambar yang dimuat naik itu, ramai peminat memberi komen positif selain teruja melihat penyanyi kesayangan mereka itu beraksi sedemikian.

Malah, rakan-rakan artis seperti Jennifer Lopez dan Charlie Puth turut memuji keseksian aksi pelantun Stitches ini selain turut berseloroh mengatakan aksi Shawn mampu mengalahkan Mark yang sebelum dilihat antara artis yang paling bergaya menjayakan kempen CK. Kami pasti ramai wanita yang cair melihat aksi Shawn bukan?