Pelakon Liyana Jasmay mengutuk serangan yang dibuat oleh sekumpulan penyokong parti pembangkang terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. Papagomo dipercayai menjadi seorang daripada individu yang terbabit dalam serangan itu apabila dikatakan bertindak mencekik Syed Saddiq.

IKLAN

Liyana menulis salah satu komen dalam video serangan yang dimuatnaik oleh Syed Saddiq itu berkata, tindakan mereka semua ini sangat memalukan.

“Memalukan, kepada semua penyokong di dalam video ini yang cuba nak serang tu, harap sedar -sedarlah kelakuan buruk ini. Pergi lah menimba ilmu dari menjadi penyokong otak kosong. Ilmu akan membezakan kita. Jadi ternyatalah apa yang terjadi di atas ini semua orang yang tak berfikir menggunakan minda, cuma ikut hati dan perasaan. So sorry that this happen to you YB Syed Saddiq. Semoga sentiasa dilindungi. Insyallah”- katanya

Insiden itu tular di media sosial melalui klip video berdurasi 22 saat pada Sabtu lalu  memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkang ketika dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK terbabit.

View this post on Instagram

Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much! Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri. Dalam perjalan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong penyokong BN. Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya. Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN. Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan. Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang. Insiden seperti ini mengingatkan saya kenapa saya masuk politik. Bukan untuk bermusuhan, tetapi untuk kekal berkhidmat. Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular dikalangan masyarakat kita. I want to be a “Yang Berkhidmat” which serves all Malaysians regardless of race, religion and political ideologies. Kerana Malaysia menyatupadukan kita semua. May Allah swt open up their hearts and minds. Laporan polis akan saya buat pada pukul 2pm di Balai Polis Sungai way. *Syed Saddiq* https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/2054469277965421?sfns=mo

A post shared by Fit Malaysia | Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Susulan dari kejadian itu, Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak. Sebaik ditahan, Papagomo yang sudahpun dihubungi dan diminta tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan, kemudian dibawa ke IPD Kajang, untuk membolehkan rakaman percakapan dilakukan.

BACA  Jadi Kenyataan! Faizal Tahir Imbau Kata-kata Zamani 15 Tahun Lalu