Selain Datuk Lee Chong Wei tampil mengagumkan negara menerusi sukan badminton, negara juga menumpang tuah Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David sejak 20 tahun yang lalu.

IKLAN

Umum Bersara

Terbaru, sesuatu yang menyedihkan buat negara apabila sang ratu ini mengumumkan bahawa dia bakal bersara tidak lama lagi. Sebelum ini, pemain yang berusia 35 tahun itu mengakhiri kerjayanya dengan 81 gelaran PSA daripada 102 perlawanan akhir. Malah dia turut memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 109 bulan bermula 2006 hingga 2015.

Berbangga Dengan Pencapaian Selama IniΒ 

Persaraan itu akan dibuat Nicol sebaik sahaja menjelang penghujung musim Professional Squash Association (PSA) pada Jun ini. Dalam satu kenyataan ringkas kepada sebuah akhbar, Nicol sudah bersedia dan berbangga dengan pencapaian yang diperolehi selama ini.

“Setelah lebih 20 tahun bermain untuk Malaysia, bersaing dalam peringkat profesional dan memperoleh pencapaian terbaik dalam kerjaya sebagai satu-satunya atlet Malaysia untuk mencapai penghargaan ini dan diiktiraf oleh rakan-rakan, saya dengan bangga mengumumkan sudah bersedia untuk bersara pada penghujung musim Jun ini.

“Ini adalah detik yang akan dilalui oleh setiap atlet, untuk meneroka apa lagi yang ada dalam diri mereka. Pada saat ini dalam hidup, saya bersedia untuk meneroka lebih daripada yang saya lakukan sekarang.

“Ianya keputusan yang sukar dan lama saya fikir. Saya tahu ini musim terakhir saya,”

Berita sedih itu ternyata memberi satu perkhabaran sedih buat peminat. Malah selebriti seperti Daphne Iking turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Nicol atas kejayaannya mengharumkan nama negara selama ini. Terima kasih Datuk Nicol!

BACA  Selebriti Tanah Air Tak Senang Duduk Kerana Akaun Media Sosial Ini