Jenama pakaian lelaki, Calvin Klein (CK) tampil dengan eksklusif menerusi rekaannya yang pelbagai. Selain mengambil model ternama untuk peragakan koleksi dan kempen terbaru mereka, CK juga turut memilih selebriti-selebriti popular untuk menjadi ‘The Face of Calvin Klein’.

6 Selebriti Lelaki Yang Pernah Menjadi Model Seluar Dalam CKΒ 

Baru-baru ini pula, hangat memperkatakan mengenai penyanyi Shawn Mendes yang memakai boxer brief dipercayai bagi menjayakan kempen terbaru CK. Akui Shawn lagi, gambar tersebut merupakan gambar yang paling banyak mendapat tanda suka berbanding gambar-gambarnya yang lain di Instagram.

Melihatkan pada ‘teaser’ yang diberi, rata-rata peminat turut mengimbas kembali beberapa selebriti terdahulu yang menjadi model kepada CK. Tak dinafikan, lagak dan aksi mereka sememangnya cukup panas! Hangat.com rangkumkan 6 selebriti popular yang pernah menjadi model seluar dalam Calvin Klein selain si pelantun Nervous ini.

BACA  [GAMBAR] Tya Ariffin Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

6Mark Wahlberg

Rapper semua sedia maklum bahawa Marky Markini terkenal kerana membuka seluarnya di hadapan umum. Untuk itu, CK memberi ruang dengan tampilkan Mark sebagai model mereka. Percaya atau tidak selepas 26 tahun , gambar ini masih dianggap sebagai edisi yang paling seksi!

5Justin Bieber

Ramai yang beranggapan pemilihan Justin Bieber sebagai model CK seperti tidak bersesuaian. Meskipun mesej yang cuba ditampilkan adalah menunjukkan dia sudah dewasa, tetapi lagaknya melambangkan satu perkataan. Awkward!Β 

3Kellan Lutz

Selepas tampil sebagai pontianak dalam filem Twilight, pelakon yang juga seorang model ini telah membuktikan bahawa dia memiliki segala pakej lengkap sebagai seorang lelaki!

2Jamie Dornan

Sebelum popular menerusi watak Christian Grey dalam 50 Shades of Grey, Jamie Dornan terlebih dahulu sukses dalam kariernya sebagai seorang model termasuk menjadi model kepada Calvin Klein. Dalam sesi penggambaran , dia turut dipilih bergandingan bersama Eva Mendes. Ramai yang beranggapan bahawa Jamie adalah lambang lelaki yang seksi pada tahun itu.