Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Sharnaaz Ahmad dihimpit dengan spekulasi netizen mengenai hubungan rumahtangga nya dikatakan sedang diuji. Segalanya muncul apabila Sharnaaz dan isterinya, Noor Nabila seolah-olah berteka-teki mengenai rumahtangga mereka dengan memuatnaik beberapa status di media sosial mereka.

Netizen Perli Sharnaaz 

Terbaru, menerusi laman Twitter seorang pengguna telah memerli Sharnaaz dengan menganggap apa yang terjadi padanya adalah kerana perbuatan pelakon itu terdahulu. Sebelum ini, Sharnaaz pernah meluahkan hasrat untuk menerbitkan sebuah buku puisi dan menerima pelbagai reaksi daripada peminat.

Menjawab dakwaan berkenaan, pelakon Bukan Cinta Kristal itu berkata setiap orang pasti akan diuji dan mempunyai hikmah nya selain menyelar kenyataan netizen itu.

Terkilan Fitnah Semakin Berleluasa 

Dalam platform yang sama, Sharnaaz turut mendoakan agar pengikutnya tidak termasuk dalam golongan ‘mati mengejut’ ketika menyebarkan fitnah yang baginya semakin berleluasa.

Malah dia turut memberitahu hanya mereka yang mengenalinya secara rapat sahaja tahu bagaimanakah keperibadiannya disebalik anggapan sesetengah pihak yang menganggapnya sebagai seorang yang panas baran dan ego. Apa pun, sama-sama kita dokan yang terbaik buat Sharnaaz!