Pelakon Zara Zya bakal mengambil tindakan saman terhadap pemilik sebuah blog hiburan KAMI di Facebook kerana mengeluarkan satu posting fitnah yang bertajuk “Hari kekasih kantoi leher zara zya penuh love bite?” dan sekaligus menjatuhkan reputasi Zara.

IKLAN

Menurut Zara dalam perkongsiannya di Instagram @zarazya, kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan isi kandungan artikel tersebut. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik Zara.

View this post on Instagram

Assalamualaikum… . . 1. Terdapat satu posting bertajuk “Hari kekasih kantoi leher zara zya penuh love bite?”melalui blog KAMI di facebook yg cuba menjatuhkan reputasi zara. 2. Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut. 3. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara. 4. Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya. 5. Zara telah dimaklumkan oleh beberapa peminat tentang fitnah tersebut dan terus merujuk kepada peguam peribadi. 6. Peguam zara iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah @hifdzi_hamzah telah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang2. 7. Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang2 bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara. 8. Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan zara. 9. Zara berharap pihak2 di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi. . . 10. Gambar pelakon @zarinazainuddin_ juga dijadikan sebagai muka depan yg tiada kena mengena dgn tajuk blog tersebut.

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Rujuk kepada peguam peribadi

Tambahnya lagi, tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya. Difahamkan Zara telah dimaklumkan oleh beberapa peminat tentang fitnah tersebut dan terus merujuk kepada peguam peribadi.

“Peguam Zara iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah telah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara.”- tulisnya

Beri kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan Zara

Zara berkata, dengan wujudnya penyebaran Fitnah seperti ia sebenarmya memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan Zara. Zara menasihati kepada pihak-pihak di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi.

BACA  Ruffedge Mula 'Demand' Harga Tinggi? Ini Penjelasan Mereka

Pada bulan ini saja, terdapat 2 kes selebriti difitnah teruk di media sosial. Terdahulu, penyanyi popular, Misha menuntut permohonan maaf daripada beberapa individu yang menuduhnya menggunakan sihir untuk bersemuka dengannya dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan susulan.

Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan juga mengaku sudah memohon maaf sehari sebelum penyanyi Sampai Bila itu melakukan sidang media berhubung fitnah gelaran ‘Mak Esah’ terhadapnya.