Drama bersiri Winter Sonata boleh dikatakan memecah rekod sejarah penyiaran negara apabila menjadi antara drama korea pertama yang mencetuskan fenomenanya tersendiri.

IKLAN

Winter Sonata Bakal Kembali?

Drama yang ditayangkan sekitar tahun awal 2000 itu benar-benar menjadi ikutan sehingga lagunya turut ditulis semula oleh penyanyi Hazami yang berjudul Sonata di musim salju. Terbaru, berita baik untuk peminat drama bersiri ini apabila pengarahnya, Kim Yong-soo dikatakan sedang bekerjasama dengan penulis asal drama tersebut Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee untuk menghasilkan sekuel ‘Winter Sonata’ selepas hampir 20 tahun drama tersebut ditayangkan.

Jadi Tanda Tanya 

Namun begitu, pelaksaan sekual drama ini masih lagi menjadi tanda tanya kerana menurut sumber, pengarahnya pula dikatakan enggan memberikan kerjasama untuk menjayakan sekuel ini berikutan dengan kes kematian salah seorang pelakon drama ini, Park Yong Ha.

BACA  10 Foto Anak Gadis Noniswara, Erysha Emyra Yang Cantik & Menawan

Pelakon ini meninggal dunia pada tahun 2010 dipercayai kerana membunuh diri. Sebagai info, Winter Sonata bukan sahaja mencetuskan fenomena di Malaysia, malah turut mempopularkan banyak tarikan di Korea termasuk Pulau Nami. Adakah Winter Sonata 2 bakal diteruskan? Sama-sama kita nantikan!