Sejak hujung tahun lalu, kemesraan diantara pelakon Fatin Afeefa dan Nazim Othman hangat diperkatakan. Apatah lagi kedua-duanya turut merakamkan sebuah lagu cover bersama yang turut mencuri perhatian peminat.

Muat Naik Gambar Bersama 

Terbaru, Nazim telah memuatnaik satu gambar terbaharu di Instagram dimana gambar tersebut kelihatan Nazim bergambar bersama-sama. Malah Fatin turut memuat naik gambar yang sama di Instagram nya.

View this post on Instagram

Jenjalan nak gi makan ice cream jap

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Melihatkan pada gambar tersebut, ramai peminat beranggapan bahawa pasangan ini sedang hangat bercinta apatah rakan-rakan artis turut memuji keserasian mereka berdua yang kelihatan begitu secocok.

BACA  [REVIEW] The Curse of La Llorona Buat Penonton Tidak Duduk Diam!

Fatin Afeefa Nafi Nazim Suka Kaum Sejenis 

Menguatkan lagi dakwaan mereka sedang bercinta, Fatin membalas komen seorang netizen yang beranggapan bahawa Nazim sebenarnya sukakan kaum sejenis. Balas pelakon itu, dia menafikan tuduhan berkenaan selain menganggap Nazim adalah kepunyaannya.

“He’s not. He’s mine”

Rata-rata peminat mengharapkan hubungan kedua-dua selebriti ini akan berterusan sehingga ke jinjang pelamin selain mendokan yang terbaik buat mereka. Sama cantik dan sama padan bukan?