Sesiapa sahaja mampu untuk mengumpul wang atau bergelar seorang yang kaya raya, termasuk para transgender atau lebih dikenali sebagai ‘Mak Nyah‘ di Malaysia. Senarai transgender terkaya di dunia ini telah membuktikan bahawa mereka semua tetap berjaya dalam bidang masing-masing walaupun mereka terpaksa berdepan dengan cabaran dan kecaman dari segelintir masyarakat yang konservatif.

Jadi anda teringin nak tahu siapa agaknya transgender yang dimaksudkan? Jom, lihat senarai berikut, salah satunya pernah masuk dalam senarai Majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia ok!

1Caitlyn Jenner

Tak kenal Caitlyn Jenner? Mungkin anda kenal dengan nama Bruce Jenner. Sebelum ini, HANGAT ada mengeluarkan beberapa artikel mengenai beliau. Bapa kepada Kendal Jenner ini sudah memutuskan untuk mengubah jantinanya dari seorang lelaki yang kacak kepada wanita tulen.

Pada awalnya Jenner merupakan seorang atlet yang disegani di Amerika Syarikat. Dia juga pernah menjadi pemain bola sepak untuk pasukan di Universiti tempat dia menyambung pendidikan.

Walaupun dia aktif dalam bidang sukan dan pernah bernikah beberapa kali, akhirnya Jenner telah mendedahkan bahawa perasaannya lebih mahu dikenali sebagai seorang wanita. Pengakuan tersebut telah diisytiharkan pada April 2015, disertai dengan nama baru.

Sebelum itu, dia sememangnya sudah kaya raya kerana kekayaannya pada masai itu mengjangkau bersih mencapai USD 100 juta atau bersamaan dengan RM 400 Juta. Kini Jenner masih aktif dalam perniagaannya menerusi syarikatnya Bruce Jenner Aviation, sebuah perniagaan keperluan pesawat. Dia juga sering tampil di TV dengan bayaran yang sah-sah tidak murah.

BACA  Naik Angin! Awal Ashaari Tak Puas Hati Dengan Mercedez Benz

2Jennifer Natalya Pritzker

Pada awalnya Jennifer Natalya Pritzker dikenal sebagai James Nicholas Pritzker. Inisial namanya sengaja dipilih sama seperti sebelum dia memutuskan untuk mengubah gender.

Jennifer Pritzker dilahir pada tahun 1950, pernah bekerja sebagai tentera dengan pangkat leftenan kolonel. Kini, Jennifer Pritzker aktif sebagai ahli perniagaan dan pelabur.

Berasal dari sebuah keluarga Pritzker yang memang dikenali sudah kaya raya, ia menjadikan jalan pintas buat Pritzker untuk menjadi seorang transgender yang terkaya di dunia versi Forbes.

Diramalkan, hartanya mencapai USD$ 1.93 Billion atau sekitar RM 7.89 Billion. Angka tersebut berjaya membuatkan Pritzker dinobatkan sebagai transgender pertama yang menempati senarai Forbes.

3Amanda Lepore

Bukan setakat membuat pembedahan transgender, Amanda Lepore pun sering mengubah bentuk tubuhnya. Tak hairanlah kini Amanda tampil dengan begitu aneh jika dibandingkan dengan transgender lain.

Dilahirkan pada tahun 1967, dengan nama Armand Lepore, sememangnya Amanda dikenali sebagai seorang penyanyi, aktres dan juga personaliti yang disegani.

BACA  Isu Berlian Palsu : Kemelut Antara Aishah & Dato Seri Vida Selesai!

Jumlah kekayaannya Amanda Lepore telah mencapai USD 1.7 juta atau setara dengan RM 6.95 Juta.

4Carmen Carrera

Merupakan seorang model, aktres dan sering muncul dalam TV, Carmen Carrera boleh dikatakan salah satu transgender paling cantik buat masa ini.

Dilahirkan pada tahun 1985 dengan nama asal Carmen Roman, beliau aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

Dari saat itu dia telah mengumpul pendapatannya sehingga tersenarai dalam antara transgender yang terkaya.

Harta kekayaannya kini mencapai USD 2 juta atau kira-kira RM 8 Juta.

5Conchita Wurst

Conchita Wurst cocok disebut sebagai transgender unik. Biasanya seorang transgender yang memilih untuk jadi perempuan bakal berpenampilan benar-benar sebagai perempuan pada umumnya. Tapi, Conchita Wurst tampil aneh kerana dia memilih untuk kekal berjambang.

Sebelum menjadi trangender, Conchita Wurst dikenali dengan nama pentas Tom Neuwirth. Dia pernah jadi juara pertandingan nyanyian Eurovision tahun 2014 di Denmark.

BACA  Tayang Body Sado! PA Aliff Syukri Tak Segan 'Topless' Depan Kamera

Conchita Wurst aktif di dunia hiburan. Dari sana pula dia mengumpulkan wang. Kini harta kekayaannya mencapai USD 3 juta atau sekitar RM 12 Juta.

6Laura Jane Grace

Laura Jane Grace dilahir pada tahun 1980 dengan nama Thomas James Gabel. Sememangnya Laura sudah agak lama berkarier di bidang musik, iaitu sebagai ahli kumpulan band punk.

Pada tahun 2012, Laura muncul sebagai transgender perempuan pada peminat-peminatnya. Meskipun ada pro-kontra, namun ternyata Laura tetap mempu berjaya dalam berkarier di industri musik.

Hartanya kini diramalkan mencapai USD 5 juta atau sekitar RM20 Juta.

7Martine Rothblatt

Photo by Andre Chung

Jika Jennifer Pritzker dinobatkan sebagai transgender terkaya pertama yang jadi orang terkaya di dunia, maka Martine Rothblatt adalah CEO transgender pertama dengan bayaran tertinggi.

Dalam setahun, transgender yang lahir pada tahun 1954 ini mendapatkan gaji sebesar USD 34 juta. Total kekayaannya diramalkan mencapai USD 340 juta atau sekitar RM1.4 Billion.

Martine Rothblatt aktif dalam perniagaan khususnya di syarikat perniagaan yang dipertanggungjawabkan, United Therapeutics Corp.

Nama-nama transgender terkaya yang sudah disebutkan tadi membukti bahawa untuk menjadi kaya raya bukanlah dari soal gender. Siapa pun kamu, apa jenis jantina dan asalmu, anda mempunyai ruang yang besar untuk berjaya dan kaya raya seperti mereka.