Selepas menjadi antara individu terawal menginp di sebuah resort mewah, The Muraka yang terletak di Kepulauan Maldives, selebriti Neelofa sekali lagi mengukir rekod peribadi nya apabila dijemput untuk merasai pengalaman menginap di dua buah hotel mewah terkemuka dunia.

Individu Terawal Di Jumeirah Al Wathba Resort & Spa

Beberapa hari yang lalu, pengacara MeleTOP ini telah memuat naik gambarnya berada di sebuah hotel yang juga resort mewah, Jumeirah Al Wathba Resort & Spa di Abu Dhabi.

Neelofa telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian resort berkenaan yang baru sahaja dibuka. Bukan sahaja menjadi antara individu awal berada disini, malah Neelofa turut berkesempatan untuk bertemu dengan pemiliknya,  H.E Sultan Al Humairi.

Harga Bilik Lebih Dari 7 Ribu! 

Selepas berada di Abu Dhabi, Neelofa turut berkongsi pengalamannya menginap di sebuah lagi hotel terkemuka di kota London, The Savoy London.

Menurut Neelofa, dia berasa begitu bertuah dan gembira kerana menerima layanan istimewa dari hotel lima bintang tersebut selain berkongsi pemandangan biliknya yang cukup indah.

Berdasarkan carian kami, harga bilik yang didiami Neelofa, Junior Suite River View mencecah 1340 GBP bersamaan RM 7,124.64.

Wow! Beruntung betul menjadi Neelofa bukan? Tidak hairanlah dia digelar sebagai salah seorang ikon negara!